Akaun annoer.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PEMBELIAN AL QURAN - MUFIQ (MUDAH UNTUK FAHAMI ISI AL QURAN) DAN KITAB HAZA MUHAMMAD

PENJUALAN AL QURAN MUSHAF MUFIQ DAN KITAB 


JUALAN OLEH - MAAHAD TAHFIZ AN NOER JANDA BAIK 






  • Firman Allah SWT:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)”. [al-Muzzammil:4]

 

Di dalam ketiga ayat di atas, kesemuanya menunjukkan bahawa Allah SWT suka kepada hamba-Nya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan al-Quran mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.

 

  • Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]


  • Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


 مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]















MUSHAF KELUARAN TERKINI:

MUSHAF MUFIQ

(MUDAH UNTUK FAHAMI ISI AL-QURAN)


PENGENALAN PRODUK:

Al-Mushaf al-Mufiq membawa maksud “mushaf yang bermanfaat”.

Tujuan menerbitkan mushaf ini adalah untuk menghasilkan produk unggul bagi Yayasan Restu, sekaligus menjadi rujukan buat masyarakat umum.

Sasaran utama produk ini adalah sekolah, IPTA/S, pondok tahfiz, orang awam, masjid, perpustakaan dan dewan orang ramai.

Merupakan buku pintar pertama Yayasan Restu.

Menampilkan beberapa kelainan daripada mushaf-mushaf yang sedia ada di pasaran Malaysia.



KEISTIMEWAAN:

Merupakan usaha terbaru anak Malaysia.

Sebuah ensiklopedia lengkap berkaitan al-Quran al-Karim.

Teks al-Quran daripada mushaf al-Quran terbaru salinan tangan.

Pembangunan manuskrip asal dikenali sebagai projek Mushaf ar-Razzak berukuran 61.5 sm x 88 sm.

Susunan teks/nas al-Quran mengikut susunan format Mushaf al-Madinah al-Munawwarah.

Penulisan huruf yang jelas, huruf bertindih yang minimum dalam susunan.

Setiap huruf menggunakan satu gaya penulisan.

Disertakan terjemahan lafziyyah/perkata untuk memahami bahasa al-Quran literal.

Mempunyai warna yang memisahkan satu kalimah dengan kalimah yang lain.

Dilengkapi dengan terjemahan tafsiriyyah mukhtasirah (tafsir ringkas) setiap ayat di sebelah tepi halaman.

Pembaca boleh membezakan di antara maksud perkataan secara literal dan tafsiran ayat serta konteks ayat secara menyeluruh.

Dirujuk kepada kitab-kitab tafsir yang mu’tabar seperti Tafsir al-Maraghi, al-Jalalayn, Ibnu Kathir, al-Tabari, al-Qurtubi, Zad al-Masir dan lain-lain.

Cetakan berwarna dan berhias penuh dengan aplikasi motif daripada ragam seni visual negara. 



JUALAN MUSHAF DICETAK DIDALAM BEBERAPA SAIZ IAITU:


(MUSHAF MUFIQ)

BESAR (F4) - RM 135.00

SEDANG (B5) - RM 105.00

KECIL (A5) - RM 85.00


(MUSHAF AL MUSOLLA) 

 BESAR - RM 450.00


(MUSHAF KHATATIB)

A4 - RM 120.00


(KITAB)

A4 - RM 120.00



 SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG KEPADA SAUDARA:

Muhammad Afiq Ahmad Raji - 012-4788570 

http://www.wasap.my/60124788570



Perlu Bantuan?